Friday, March 13, 2009

Selamat Pengantin Baru Alwee Dan Azira



Majlis perkahwinan diadakan di Tmn Bakti Batu Pahat, Jhr. Eh, mcm knal jek tmn ni. Gagaga.. Majlis diadakan pd awal bulan 3 yg lalu. Lelaki tu member aku dr kecik.. dah kawin ye ko skang.. Pengantin perempuan berasal dr batu pahat juge, stay kat Tmn Bkt Perdana.
So nnti nak balik raye tak yah nak rebut² balik kg psal dekat .. haha.
Anyway, tQ 4 hire me and you all mmg cOol dan sporting abis..

Sunday, February 1, 2009

Majlis Perkahwinan E-one & Ileya

Majlis perkahwinan ni dilangsungkan di Kuantan, Pahang pd 25/01/2009. Aku bertolak dr KL pd hari Sabtu, 24/01/2009 pd pukul 10pg. Perjalanan mengambil mase 4 jam lebey melalui lebuhraya karak dan lebuhraya pantai timur. Jln jam giler bermula dr UIA gombak hingga ker Genting Sepah berhampiran susur masuk Genting Highland ditambah dgn cuaca panas. Owh, TUHAN sahaje yg tahu. Sampai Kuantan around 2 lebey, terus check-in kat hotel Grand Continental, Kuantan dan check-out hari isnin jam 12. Hotel ni terletak lebey kurang 8KM dr Pantai Teluk Chempedak aka TC. Sedikit paparan pd majlis tersebut:




Sunday, January 11, 2009

Menuju Ke Putrajaya

Hari ahad malam 12/01 berjalan-jalan menuju ke Putrajaya. Takde aktiviti pd aritu, so aku buat aktiviti sendiri sementara nak menunggu jam 11.30 mlm utk nengok bola antara Manchester United VS Chelsea. Diantara aktivitinye mcm biase la pi sekodeng. Kali ni aku cube sekodeng style Landscapes plak. So, selesai berjalan dan puas sekodeng aku terus ke Old Trafford utk nengok bola. Keputusan match itu memihak kepada ManUtd. ManUtd 3 - Chelsea 0 .
Glory² ManUtd ~











-------------------------------------
Gear: 1000D + KitLens + Nissin i600

Sunday, January 4, 2009

Aku Telah Jatuh CInta......

Aku telah jatuh cinta ? dengan siapakah? haaa.. relex², jgn pikir bile sebut psal cinta jek mesti ada gadis. Sebenarnye aku telah jatuh cinta dengan dunia seni fotografi!. Adakah aku ingin menceburi dunia seni fotografi ini secara serious atau sekadar hobi ? Haaaa.. Lu pikir la sendirik..

So, awal bulan ni aku telah berjaya memiliki sebuah DSLR Canon. Harga nye RM2+++ siap dengan Speedlight skali. Sbg org beginner mcm aku ni sesuai la pakai DSLR tu. Agak² dah maju skit baru la amik yg power terus. huhuhu...

Pada hari Ahad 04/01/2009, aku rase agak buhsan. Aku pon text dgn kawan aku Ochi dan Pett utk pergi memburu kat Zoo Negara. Tp die org nie ade hal plak, so tak dpt la nak menunjukan perbezaan gamba di antara nikon dan canon. Pett dan Ochi menggunakan senjata Nikon D80 dengan guna lens tamron dan sigma. Aku pakai senjata EOS 1000D + Nissin Di622 berserta kit lens 18-55mm jew. So, terpaksa la aku gi memburu secara solo di zoo negara. Harga masuk RM15 jek. So.. ini ade beberapa gamba yg aku amik:












Ade lagi gamba, tp tak leh letak byk², nnti berat plak. So letak skit² sudey. Aku nak memburu rimau ngan singa sebenarnye, tp terlepas drpd sasaran plak.. Kene pakai zoomlens baru gamba cun. Kalo amik gamba dekat² dgn wildlife nie, mampus aku kene ngap!!! So, mase nak balik ade sorang awek cun dgn family die berjalan-jalan dgn tempat aku duduk. Kebetulan die lalu depan aku, haaa.. per lagik, curi² la amik gamba awek tu. ehehe..


comel².. disebabkan kesuntukan mase tak dpt nak ayat!! aceh =P ..
Alright, itu saje utk laporan drpd zoo negara. Jumpe di lain hari di destinasi yg berikutnye. ehehe..

~cheers~ c", )
---------------
EOS 1000D + EFS 18-55MM + Nissin Di622

Friday, January 2, 2009

Kamera Digital

Apa itu kamera? haaa.. kamera itu adalah sebuah alat utk mengambil gambar. Tp adakah korang tau jenis2 kamera digital ini? haaa.., sy tau! kamera digital terdapat 2 jenis. Apa dia? Iaitu:
1) Kamera Digital Compact
2) Kamera Digital SLR (DSLR)

Kamera Digital Compact

Kamera digital compact ni adalah kamera digital yg biase korang pakai tu la atau ianye dikenali sebagai Point And Shot (P&S). Ini ade beberape cth kamera digital compact:







Kamera Digital SLR

SLR tu bermaksud single-lens reflex. Haaaa, kamera ni berbeza dgn kamera digital compact. Perbezaan yg ketara mestila pada bhg lens nye. Kamera compact tak leh tuka2 lens dan DSLR ni bleh tuka mcm2 lens seperti wide-lens, telephoto-lens, micro-lens. DSLR ni agak mahal harga nye berbanding dgn kamera digital compact. Kalo nak beli DSLR ni kene ikat perut skit. ehehe.. Buat mase ni yg famous adalah model NIKON seperti D40, D60, D80, D90 dan lain2 dan CANON seperti 350D, 400D, 450D, 40D dan mcm2 lagik. Mcm2 model skang berlumbe keluar kan DSLR mcm Olympus, Pentax dan SONY.







Disini ade beberape tips yg aku jumpe drpd beberape forum utk membeli kamera digital:

Megapixel (mp):
Ni kriteria utama bagi pembeli sebelum membeli kamera digital tak kira p&s atau DSLR.. BTW tak semestinya tinggi mp gambar bagus ada juga kamera yang mp dia besar tapi gambar tak bagus. Why? some cameras not truly produce real mp...image just interpolated from what ever CCD image had been captured. cth image yang dicapture dari ccd just 6MP but diupscale dalam camera ke 8 atau 10 mp...But most yang branded tak buat macam ni...

Berapa besar mp yang sesuai...ok ini bergantung pada kita..berapa besar kita nak print....lagi besar MP lagi besar kita boleh print large but still sharp.. But apa yang aku perhatikan most yang guna p&s just print 4R (6x4 in) dan sesekali print lebih dari tu cth 5R 8 R... untuk print 4R minimum MP sebenarnya lebih kurang 2.2mp . BTW lagi besar MP lebih baik sebab semasa image dicapture di CCD gmbar lebih detail even kalau kita print pada 4R...Satu lagi bila MP besar kita boleh crop...so bila kita crop resolution still besar dari 2.2mp.. so image still clear...cadangan beli kamera at least pada 5MP at least masih ada extra 3mp utuk buat crop kalau kita nak print pada 4R.

Function:
Most p&s ada function auto , dan scene mode macam landscape, nightscene, sport ..etc...so kita boleh guna function ni untuk ambil gambar mengikut kesesuaian..BTW some p&s ada juga function manual yang mana kita boleh adjust aperture / speed.. Satu lagi pasal video...this is my advice... Memang function video dalam camera still berguna but don't expect good quality....

ISO
Iso pada kamera sebenarnya merupakan sesitivity pada CCD untuk capture image..cth iso dalam kamera pada 50, 100 , 200 400, 800, 1600, 3200, 6400...etc the higher iso number the more sensitive camera to capture the image espcially dalam low llight. Dalam p&s selalunya dalam lingkungan 50 - 1600..but remember kalau kita shoot guna high iso gambar memang lebih terang but dia akan create "digital noise"..Normally camera akan buat noise reduction pada ISO yang tinggi..some image still good after noise reduction but some image become worst...so my advice sebelum beli test pada iso yang tinggi then check di screen pc..jangan check kat lcd sebab dia tak show true image quality. in this case aku suggest beli canon..sebab most canon kamera good pada high iso. selain tu jenama fuji juga bagus...<--------ini hanya untuk p&s ..DSLR lain cerita.

Zoom
Zoom function memang useful..most latest p&s digital camera ada funtion zoom..depend pada spec ada yang sampai 10x..lagi besar zoom lagi mahal....but average 5x dah ok...Zoom ada dua 1) optical zoom 2) digital zoom. Optical zoom image dia besarkan pada lens but digital zoom image dibesarkan dengan "crop" sebahagian dari image yang dicapture.. jadi perkara ynag perlu kita ambil perhatian ada optical zoom... jangan rely on digital zoom sebab digital zoom akan membuat image tak sharp dan tak detail.

Image stabilizer
Pun ada dua satu Optical Image stabilizer kedua Digital image stabilizer..better choose optical image stabilizer (OIS) Image stabilizer very useful untuk mengurangkan blur akibat pergerakkan kamera masa kita ambil gambar..jadi gambar lebih sharp...terutama bila kita buat zooming atau ambl gambar pada low light... Sebab masa kita ambil gambar low light kalau kita setkan kamera pada auto mode..shutter speed pada kamera akan disetkan perlahan. Ini bertujuan membernarkan cahaya masuk supaya gambar jadi terang...BUT ia juga boleh menyebab gambar jadi blur (motion blur) sebab shutter di buka pada waktu yang lama..so dengan bantuan OIS dia boleh reducekan kesan blur ni...

View finder..
Haa ini penting juga boleh katakan banyak kamera p&s tak ada view finder ..kita just rely on lcd screen untuk ambil gambar.. akibatnya kemungkinan gambar jadi blur memang ada..why??? sebab p&s kecik dan ringan kalau kita ambil gambar just guna LCD masa kita click kemungkinan kamera shaking..so image jadi blur...kalau outdoor atau cahaya terang tak mengapa sebab kamera automatic disetkan pada shuuter yang speed yang tinggi but kalau indoor shutter speed slow..so itu sebab gambar jadi blur... Kalau guna view finder kita lekapkan kamera pada mata...muka, hidung kita bertindak sebagai stabilizer.. jadi kamera lebih stabil...so cadangan aku beli kamera yang ada view finder tak kiralaa optical view finder (OVF) atau Electronic View finder (EVF)

Apa2 pon, yg paling penting lihat bajet korang dulu sblom membeli. Beli mengikut kemampuan. Utk mencari tips yg lain, korang survey la kat tenet dan tanye kpd pakar. Artikel aku tulis ini pon sekadar basic sahaje utk pendedahan. Sekian.
Selamat Beramal!!

Friday, December 26, 2008

Pendahuluan..

Firstly, aku ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009' dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua. Purpose blog ini dibuat adalah utk berkongsi dan bertukar pendapat antara kalian semua yg membace. Blog ini berkisarkan tentang apa² sahaje perkara semada hidup, dunia digital dan apa² aje perkara yg boleh dibincangkan.

So, sebagai pembuke tirai utk blog yg tidak seberapa ini, aku nak coretkan sedikit tragedi² atau kisah² atau cerita² yg best² berlaku sepanjang tahun 2008 ini yg aku ingat la:

Januari 2008

- Awal bulan Januari, Break off dgn si 'M' atas sebab² tertentu. Masuk bulan Januari 2009 ni genap la stahun aku single. ehehe. Tenang² aje ..


Mac 2008

- Pilihanraya umum ke-12 pd bulan mac lalu menyaksikan Selangor di menangi oleh parti pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Merupakan 1 sejarah bg politik Malaysia apabila negeri selangor yg sblom ini diperintah oleh kerajaan UMNO/BN selama 50 tahun, telah hilang kuase dan diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

- Speedzone Tour 2008 diadakan di KL Tower. Memang best!! Dj semua power² exspecially, Mauro Picoto



May 2008



2 Days Freedom Festival @ Admiral Marina, PD, 9/10 May. Sgt best and wonderful tonight. Dj² favorite aku beraksi seperti Tiesto, Ferry Corsten dan Cosmic Gate. Best!! Harap² tahun depan ade lagik event² yg gempaq !!!











JULAi 2008


Dpt invitation pergi ke event RED SESSION: POWER Of NATURE kat Heritage Mansion. Tak sangka plak aku leh dpt. Free plak tuh! Dj² yg performed pd mlm tu ialah DJ Joey G, Dj Gabriel,Dj RaySoo dan yg the rest aku tak knal sgt ar.


SEPTEMBER 2008

Dpt bonus!! tp takde la byk sgt.. sebulan gaji jek. kejap je abis. shopping raye punyer psal ..


OKTOBER 2008



Pi ke majlis birthday e, anot dan nieja kat Borneo Rainforest kat Sunway


NOVEMBER 2008


Dpt invitation ker FREEDOM ELITE 2008 kat Bukit Kiara Equestrian Club. Pergh, ni lagik dasat.. Air semua free drpd air coke, air mineral sampai ke hard drinks. Kepada yg kaki minum tu suke la mereka dpt mabuk², tak payah bayar satu sen pon.


DISEMBER 2008


Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Seblom aku pindah dok Bkt Jalil, aku dok kat Tmn Bukit Mulia, Bkt Antarabangsa selama 4tahun lebey. Berdekatan dengan Tmn Bukit Utama dan Tmn Bukit Mewah yg teruk terjejas dprd kejadian tanah runtuh. Tmn Bukit Utama adalah tmn yg tertinggi skali di Bkt A'bangsa. Kalo time² nak sambut new year dulu, ramai org dan t'masuk aku ngan member aku slalu nengok fireworks dekat area tmn utama tu, nampak satu KL !

So, secara kesimpulannye tahun 2008 ni sgt bermakna bagi aku dan dipenuhi dgn event² yg best, tp byk yg aku tak dpt pegi..Harap, tahun baru 2009 yg akan dtg ini akan lebih baik drpd tahun 2008. Target aku pd tahun 2009 yg akan dtg ini iaitu berusaha dgn lebih tekun supaya impian dan visi aku tercapai. Utk mase yg terdekat ni iaitu dlm Januari 2009, aku nak rembat sebijik DSLR dan nak nengok ARMIN VAN BUUREN buat show kat KL, walaupon tiket agak mahal aku mau cube gak beli...

Akhir kata, Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.